Impian Menjadi Realiti : Teknik ‘Anchoring’ Bantu Lelaki Ini Kekalkan ‘Mood’ Untuk Kecapi Impian

Impian Menjadi Realiti : Teknik ‘Anchoring’ Bantu Lelaki Ini Kekalkan ‘Mood’ Untuk Kecapi Impian

Semua orang ada impian. Menjadi pelajar cemerlang.pekerja berpangkat besar, sering dipuji tentang kecantikan diri, memandu kereta bmw, bercuti di venice italy, mengerjakan umrah bersama ibu dan ayah, menulis buku biografi diri, tidur di kamar bilik tidur serba mewah, mengahwini gadis rupawan atau  menjadi jutawan semuda mungkin.

Saya juga punyai impian.

Tercetus impian untuk menjadi seorang yang sukses dalam bisnes dan menjadi jutawan muda telah mula terpatri dalam diri saya sejak berumur 22 tahun. Ketika masih menunggu graduasi di UPM sekitar tahun 2002 , saya mula mendekatkan diri menyelami apakah dan bagaimanakah untuk menjadi jutawan. Buku-buku motivasi dan keusahawanan mula menjadi kawan rapat.- yang mana dulu membaca buku berada ditempat terakhir didalam list hobi saya. Antara cabaran utama dalam menjadi jutawan adalah untuk mencari jawapan apa dan bagaimana. Apakah bisnes yang popular yang harus dilakukan dan bagaimana untuk menjayakannya dengan cepat dan mudah. Selepas mengetahui beberapa cebis jawapan yang dicari maka bermulalah episod-episod perjalanan yang penuh warna-warni.

Sedih, kecewa, putus harapan, marah, sugul dan juga teruja, bangga, gembira dan membahagiakan.

Sebagai seorang anak sulung dari 5 orang adik beradik didalam keluarga sederhana yang pendapatan kapita dari kerajaan semata-mata, saya tidak mempunyai apa-apa input bisnes mahupun modal mudah untuk memulakan langkah mengejar cita-cita. Jadi saya mengambil keputusan untuk memasuki dunia pekerjaan di dalam dunia warga kilang sahaja. Dengan harapan sambil-sambil kerja sambil-sambil mengintai peluang bisnes yang ada.  Dunia kilang sungguh luar biasa. Masuk jam 6.30 pagi dan balik 9 malam atau masuk jam 6.30 petang dan balik 9 pagi. Hari-hari. Pernah ketika apabila selesai sahaja sembahyang raya aidil fitri gegas kembali ke kilang kerana majikan tidak cukup kakitangan meneruskan operasi.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, saya semakin sugul dan sedikit demi sedikit impian saya hilang entah dimana. 4 tahun berlalu dengan pantas tetapi bukan kearah impian saya. Selepas 4 tahun saya bergelumang dengan proses-proses pembuatan semikonduktor dan semeja makan dengan operator-operator dari indonesia, saya mengambil keputusan besar untuk meletak jawatan dan berkecimpung didalam dunia keusahawanan di industri kewangan sebagai agen takaful.

Mengimbas kembali detik itu, saya sebenarnya telah mengaplikasikan beberapa teknik NLP tanpa saya sedar dalam membuat keputusan tersebut antaranya ialah teknik ‘Anchoring’.

Dalam kita ghairah mempunyai impian itu dan ini, kita juga harus meng’set’kan minda kita supaya emosi dan jasmani kita sentiasa aktif mengejar impian. Izinkan saya berkongsi bagaimana saya mampu untuk sukses dalam mengejar impian walaupun punyai ilmu , wang ringgit, network dan masa yang terhad semasa saya masih bekerja dikilang. Apabila saya bekerja kilang, otak dan fizikal saya dikerah habis-habisan untuk menyelesaikan 1,001 masalah yang timbul dalam mengedalikan operasi kilang seharian. Daripada masalah mesin, output, kerenah operator dan juruteknik, menangani ego pelanggan dan sikap bengis majikan. Setiap hari adalah sama sahaja walaupun hari ahad. Pernah ketika saya sedang bercuti dipanggil balik ke kilang dengan segera untuk melakukan presentation lengkap kepada pelanggan vip dan pihak pengurusan tertinggi mengenai masalah kualiti yang berlaku didalam operasi yang saya kendalikan.

Pernah juga saya mempertahankan bos saya dari terkene balingan buku oleh bos di jabatan lain! Ini semua menyebabkan kita tidak langsung mempunyai ruang untuk memikirkan tentang hal lain selain dari hal kerja termasuklah impian kita sendiri. Ini yang menyebabkan ramai para-para impian diluar sana yang ‘tewas’ dengan keadaan ini dalam mengejar cita-cita. Hanya mampu berserah dan meneruskan kehidupan hari demi hari. Seperti hamster didalam roda sangkar- penat berlari tapi tak kemana.

Dengan mengaplikasikan teknik NLP iaitu ‘anchoring’, saya boleh memastikan impian saya sentiasa segar dan aktif. Seperti pemanas air, hanya satu suis membolehkan ia bertukar dari sejuk kepada panas dengan kadar pantas.

Bagaimana saya menggunakan teknik ‘anchoring’?

Banyak perkara yang saya lakukan untuk memastikan saya sentiasa berada didalam aura impian saya antaranya pada hari-hari kelapangan saya akan hadir ke ‘showhouse’ disekitar ipoh-tempat saya tinggal.

Ini antara ‘Anchor’ yang dipasang dalam diri saya.

Saya memilih kualiti showhouse saya yang saya idamankan. Kenapa? Kerana ia akan mengaktifkan emosi saya bahawa untuk memiliki rumah idaman sebegini saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza dan besar. JIka tidak ianya hanya angan-angan sahaja. Dan saya tidak akan benarkan! Izinkan saya berkongsi pengalaman tersebut. Pabila mula melangkah masuk kawasan perkarangan rumah showhouse yang  tersergam indah terdapat ruang taman dengan kolam renang dan air pancur yang membasahi sebahagian bunga-bungaan tepian dan melengkapkan ruang rumput menghijau dan luas. Sungguh nyaman dan menyegarkan.

Secara automatik emosi saya akan tersentuh dan mengetar. Emosi saya akan merekodkan dan menjadikan ia satu ‘anchoring’.  Bila mula melihat ruang tamu yang serba moden dan kreatif, almari yang tersorok indah dibelakang peti tv dan lenggok meja yang penuh inovasi menyebabkan saya teruja untuk tinggal disini 1 hari nanti. Dengan menaiki tingkat atas melalui lif peribadi dan terus mengunjungi bilik tidur utama yang balkoninya mengadap kolam renang yang membiru, dan seberang  jalan sana terdapat tasik yang luas terbentang mengikat terus emosi saya. Sambil-sambil mengirup udara segar dibalkoni tingkat atas , dapat juga mencerna idea-idea bernas dalam kehidupan.

Kini anda terasa emosi anda teruja bukan?

Ya! Ia memang menerujakan dan ini menyebabkan saya berkobar-kobar untuk mencapai impian saya ini walau apa pun keadaan saya sekarang. Emosi ini akan terus aktif dengan hanya saya mengaktifkan suis emosi ‘showhouse’ saya. Bila mana saya di dalam keadaan sangat sibuk bekerja di kilang atau kecewa kerana temu janji dibatalkan saat akhir atau letih untuk membuat beberapa temu janji lewat malam, saya akan mengaktifkan suis emosi saya untuk mengigatkan kembali kenapa saya harus berusaha dengan gigih. Semestinya untuk mencapai impian saya.

Proses ini saya teruskan hari demi hari sehinggalah saya punyai cukup keyakinan untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Saya tidak berlengah lagi. Antara satu lagi cabaran besar dalam bisnes ialah keadaan sekeliling kita. Pengaulan dengan keluarga atau rakan-rakan sering kali akan mempengaruhi keputusan dan tindakan kita yang kadang kala menyebabkan kita kecewa, putus asa atau ‘down’ dalam bisnes kita. Saya melatih ratusan perunding-perunding kewangan didalam agensi saya. Pelbagai kerenah dan cabaran-cabaran niaga yang dikendalikan setiap hari. Gembira,ceria,sedih,keluh kesah silih berganti.

Selain itu, teknik ‘anchoring’ boleh diguanakan dalam pelbagai cara. Yang pastinya kesemua mestilah memotivasikan. Bagi saya , apabila saya dalam keadaan down, saya akan mendengar lagu-lagu yang bermotivasi dan saya akan setkan ‘Repeat’ Mode supaya ia akan berputar lagu yang sama untuk memastikan ia dapat berlegar-legar dan tergiang-giang setiap nada dan lirik lagu tersebut didalam minda saya setiap masa. Antara lagu-lagu ‘Achoring’ saya ialah The Climb dari Miley Cyrus , One Moment In Time dari Whitney Houston , Gemuruh dari Faizal Tahir , Fix You dari Coldplay dan banyak lagi.

Lagu – lagu ini apabila saya pasangkan, ia akan ‘memenangi’ peperangan berdepan dengan ‘down’ di minda. Kadang-kadang saya akan turut menyanyikannya bersama sehingga ia boleh bergugurkan air mata saya tanpa sedar! ‘Saya tidak akan tewas! Saya akan bangkit dan terus maju ke depan!!!’ Sayalah yang akan menentukan takdir saya,bukan orang lain!!’ begitulah jeritan di minda saya. Begitu efektif pada saya penggunaan teknik ‘Achoring’ ini dalam memastikan kekuatan minda kita agar fokus pada matlamat.

Alhamdulilah , dengan pelbagai cabaran niaga dihadapi , impian saya untuk menjadi jutawan muda berjaya di capai pada umur  31 tahun!.  Dan ini hanyalah permulaan. Impian saya juga ingin melahirkan lebih ramai lagi bakal-bakal jutawan di dalam industri kewangan dengan pelbagai ilmu pengalaman yang ada termasuklah ilmu NLP!.

Doakan saya!

Nur Azam Zamberi
Certified NLP Master Practitioner
NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *