Kisah Bekas Mat Rempit Berhijrah Menggunakan Teknik NLP dan Melakukan Perubahan 360

Kisah Bekas Mat Rempit Berhijrah Menggunakan Teknik NLP dan Melakukan Perubahan 360

Pada tahun 2009-2012, dunia permotoran pada ketika itulah yang saya sangat bangga-banggakan. Saya lebih gemar digelar sebagai “Mat Rempit” berbanding gelaran lain. Saya suka menyahut cabaran dan melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain. Maka dengan itu, saya sentiasa “upgrade skills” bagi mengatasi kelemahan dalam diri tetapi sayangnya, dalam konteks dan situasi yang negatif.

Semua orang mahukan kejayaan bukan? Saya pun tidak terkecuali, tetapi memilih dari sudut yang negatif. “Aku ni, mat rempit berwawasan”. (hakikatnya wawasan pun aku tak tahu). Itu antara kata-kata yang sering saya pesan kepada rakan-rakan dalam bidang ‘mat rempit’. Mungkin berwawasan ketika berlumba motor secara haram. Ini kerana jika kita hendak berjaya, perjuangan adalah landasannya.

Bayangkan ketika itu, saya hanya menaiki motor model Modenas Kriss 110 cc dengan kelajuan yang ‘standard’ iaitu hanya mampu mencapai kelajuan 110 km/jam sahaja. Tetapi demi perjuangan nafsu dan wawasan yang tinggi, saya mula mencari mentor dalam dunia permotoran. Maka dengan itu, bermulalah sesi mengubah suai enjin motor hingga ia mampu mencecah kelajuan 170-180 km/jam. Motor kapcai je pun, memang saya puas hati! Itu baru permulaan ‘upgrade’ sebuah motosikal, belum proses ‘upgrade’ diri sendiri.

Kemahiran menunggang motorsikal juga memainkan peranan yang penting untuk mengecapi kegemilangan. ‘Skill supermen’ (baring atas motor sambil berlumba) , ZigZag ( Mengelak dari diambil angin untuk dipotong dari lorong kiri ke lorong kanan secara laju), Kolek & Whellie motor (peranan orang belakang apabila whellie). Ini semua terma mat rempit yang jika saya kenangkan semula hari ini, ia amat-amat mendukacitakan (Kalau jatuh pasti berkecai dan ‘Mati katak’).

Saya dikurniakan pengalaman yang sangat luar biasa pada usia yang sangat muda serta pendedahan yang sangat menakjubkan bagi saya, walaupun ia adalah ‘zaman kegelapan’ yang dibina oleh diri sendiri.

Kini, semuanya telah menjadi kenangan…

Setalah berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini, maka bermulalah pintu hijrah baru untuk kehidupan saya. Allah menggantikan perubahan dengan satu kemanisan yang kini berada kini dikeliling saya. Segala kesakitan yang pernah dilalui, segala perit menelan sebuah kebenaran, segala lelah yang telah kita beri, segala usaha yang pernah kita lakukan.

Segalanya bermula dengan menyertai seminar NLP pada Tahun 2013 anjuran NLP Malaysia Centre(NLPMC) dan dikendalikan oleh Tuan Guru Fadzli Yusof (Certified NLP Trainer). NLP adalah satu ‘tools’ atau teknologi pembelajaran terbaik bagi mendalami sesuatu bidang yang ingin kuasai serta memudahkan saya untuk membuka minda dan menerima diri saya sepenuhnya. Pendekatan NLP dan aplikasi NLP telah menambah pilihan yang ada dengan membuang ‘perangkap mental’ yang dicipta sendiri berdasarkan pengalaman lampau. Ilmu NLP banyak mengubah tabiat serta rutin harian saya ke arah lebih positif. Ia tidak terjadi secara automatik, tetapi perlu melakukan beberapa kaedah.

NLP menekankan aspek penggunaan ketajaman deria yang telah sedia ada dalam diri seorang manusia. Setiap perkataan yang dituturkan, gerak balas, pemikiran…semuanya boleh diteliti dan “di baca” dengan mendahului selangkah dari individu yang lain. Maka dengan ini, ia mampu meningkatkan daya kebolehan diri dalam melakukan sesuatu. Perkara yang paling saya gemari adalah mempelajari corak-corak (pattern) individu-individu yang sudah berjaya, seterusnya mengaplikasikan ke dalam diri dengan mudah dan pantas menggunakan teknik NLP.

Sebagai contoh, ambil kertas dan pen, tuliskan apa maksud mengubah kehidupan bagi saya. Seterusnya, tuliskan proses yang akan dilakukan setiap hari. Setalah itu, saya turut kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya dengan orang lain. Secara tidak langsung, ianya akan membantu saya memahami dengan lebih jelas apa yang saya lakukan dan hasil yang telah saya perolehi.

Dengan meniru ‘pattern’ individu lain yang sudah berjaya, seperti dengan bertanya soalan dan mencabar diri saya dengan cara yang betul, ia sememangnya membantu meningkatkan prestasi diri dalam pembangunan kendiri serta potensi yang bakal diletuskan. Selain itu, teknik NLP yang diberi nama “Circle of Excellence” juga adalah cara yang mudah untuk diaplikasikan. Dengan membina sumber-sumber terbaik bersama orang positif yang berada disekeliling, ia dapat mengekalkan momentum dan sentiasa meletakkan diri berada di dalam pemikiran serta tingkahlaku yang positif.

Alhamdulilah dengan memahami serta mendalami teknik NLP, ia menjadikan saya lebih baik dan bertenaga serta mampu untuk mengawal emosi yang diingini. Saya boleh membuat keputusan dengan bijak melalui kemahiran diri disamping dapat mengetahui kelemahan yang perlu diperbaiki. Ia sangat membantu saya menjadi lebih produktif di dalam kerjaya dan kehidupan.

Tidak ketinggalan, saya juga kerap menggunakan teknik “Anchoring” untuk menyauh sumber-sumber hebat orang lain dan menyalurkan ke dalam diri sendiri. Berbekalkan ilmu yang saya pelajari di NLPMC, ianya sangat mudah diaplikasi dan kerap berkongsi dalam bengkel,seminar dan ceramah diseluruh Malaysia. Saya sarankan rakan-rakan di luar sana agar ambil peluang dan sertai seminar-seminar hebat anjuran NLPMC seperti NLP Grand Power Seminar atau I.M.P.A.K, kerana banyak pencapaian yang telah saya raih setelah NLP diaplikasi dalam hidup saya.

Dari seorang pemuda yang dikelilingi aura negatif dan mindset yang tidak berkembang, kini saya mampu meletuskan potensi diri dengan pengunaan teknik NLP dalam masa yang singkat. Kini pada umur 23 tahun, saya menubuhkan MZF Horizon bagi menjadikan ia salah satu platform dalam membantu belia untuk ‘upgrade’ diri dalam ‘Pembangunan Kerjaya Dan Potensi Belia’.

Doakan saya terus istiqamah dalam perjuangan ini!

Mohamad Zharif Fikri bin Abdul Aziz
Certified NLP Practitioner
NLPMC Malaysia | NFNLP Florida USA.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *