Fikir Positif, Hasil Positif : Ibu Positif Bantu Anak Atasi Penyakit Tumbesaran Otak

Fikir Positif, Hasil Positif : Ibu Positif Bantu Anak Atasi Penyakit Tumbesaran Otak

Anak merupakan satu anugerah Allah yang paling berharga dan begitu tinggi nilainya kepada pasangan yang mendambakan kebahagiaan dalam rumah tangga. Anak sebagai zuriat penyejuk mata penyeri dalam setiap aspek kehidupan. Alhamdulillah saya diberi rezeki oleh Allah memiliki lima cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Di sini saya ingin berkongsi kisah anak ke lima saya yang bebas dari penyakit Kongenital Hyphothyroidism dengan kuasa minda yang Allah kurniakan.

Apa itu Kongenital Hyphothyroidism?

“Kongenital Hyphothyroidism adalah penyakit kalenjar tiroid yang melibatkan bayi yang baru lahir. Penyakit ini mengakibatkan kekurangan penghasilan hormon thyroxine di mana hormon ini sangat penting untuk tumbesaran serta perkembangan otak kanak-kanak. Di Malaysia, seramai 180 orang bayi didapati mengidapi penyakiti ini daripada setiap 550,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun. Congenital Hyphothyroidism merupakan salah satu penyebab terencat akal dan masalah pembelajaran yang boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat seawal mungkin selepas kelahiran.”

Di dalam program NLP antara ilmu yang dipelajari bagaimana Tuan Fadzli Yusof mengajar kami tentang Kepintaran Emosi dalam mengendali keadaan diri iaitu State Management. Di mana kawalan diri adalah tanggungjawab kita sepenuhnya dan kita bertanggunggjawab sepenuhnya terhadap hasil yang kita perolehi.

Kejayaan mencapai apa yang dihajati hanya berlaku kepada mereka yang tahu bagaimana mengawal keadan diri atau mengendali diri sendiri. Dalam kehidupan yang kita lalui. Dari satu detik waktu ke detik waktu yang lain. Ianya mempunyai dua komponen yang dipanggil “Dua Lebuhraya Menuju Negara” (Two Royal Roads to State). Pertama, perkara dalam minda atau apa yang kita fokus dalam fikiran kita. Manakala yang kedua ialah sistem biologikal dan saraf tubuh badan manusia.

Keadaan diri kita pada setiap ketika bergantung penuh kepada keadaan emosi kita. Kita membentuk keadaan diri kita dari pemetaan “mental-emosi” yang merangkumi dua komponen tersebut. Representi dalaman adalah pemetaan yang dibuat berdasarkan pada visual, auditori dan kinesthetik (VAK). Kefahaman, pembelajaran, kepercayaan, nilai dan budaya semuanya berlegar dala panggung minda kita. Tindakan kita dipengaruhi oleh data minda kita.

Sebaik saja disahkan hamil, seperti biasa tekak mula rasa loya semua benda bau busuk. Allahu Rabbi. Sekali lagi saya tepaksa melalui fasa-fasa yang sungguh mencabar dan sangat menguji kekuatan emosi. Tidak ada satu jenis makanan dan minuman nampak sedap di mata, terasa nikmat di lidah. Saya seperti kain buruk tak bermaya terdampar kat tepi dinding. Setengah jam sekali ulang alik ke tandas. Muntah tanpa henti. Dengan anak ke empat yang masih merengek minta disusu. Hati ibu tersentuh. Setiap petang juga saya perlu ambil dua orang anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga.

Saya memandu sambil letak plastik di riba. Rasa ingin muntah tak kira tempat dan waktu. Saya perlu kuat kerana saya punya empat lagi anak untuk diurus. Dengan ilmu NLP yang baru saja saya pelajari, saya cuba praktikkan. Saya melihat makanan dengan perasaan dan kepercayaan yang berbeza hasil teknik ‘reframing’ yang dipelajari. Saya memandang sebiji kurma dengan kepercayaan itu adalah buah strawberi yang rasanya masam masam manis. Ajaibnya saya dapat menghabiskan tiga biji kurma dengan mudah.

Saya mampu bertahan dengan hanya mengubah corak pemikiran saya. Hebat kuasa minda yang Allah ciptakan. Saya melalui fasa kehamilan kali ini dengan baik. Jika sebelum ini bacaan haemoglobin darah di bawah paras normal, kali ini bacaan sangat bagus. Alhamdulillah dengan izin Allah.Tanpa sedar impian untuk melahirkan anak ke lima pada tahun 2015 telah terpasak di minda separa sedar saya. Tiga hari sebelum jam tahun baru 2016 berdetik, saya selamat melahirkan seorang putera lelaki. Pada umur kandungan 36 minggu. Pada tahun 2015 awal sebulan dari jangkaan sebenar!

Alhamdulillah berat badan baby yang cukup maka tidak dikategorikan sebagai pra matang. Border line. Muhammad Muaz Sidqi nama diberi. Sesungguhnyah akal dan minda yang Allah cipta untuk manusia sangat luar biasa kehebatannya. Dengan teknik yang betul kita sebenarnya dapat memperolehi apa yang kita idamkan dengan mudah!

Semasa umur Muaz dua minggu, pihak klinik kesihatan minta saya ke hospital untuk buat siasatan ke atas Muaz memandangkan bacaan kuningnya masih tinggi. Oleh kerana anak-anak sebelum ini pun melalui proses yang sama maka tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Siasatan ini adalah satu prosedur yang dilakukan pakar kanak-kanak bagi memastikan anak bebas dari penyakit seperti sakit hati, tiroid atau sebarang keganjilan yang menyebakan simptom jaundis. Maka pada umur 21 hari saya bawa Muaz ke Hospital Kajang untuk prosedur siasatan.

Keesokan harinya sewaktu saya sedang enak menikmati makanan dalam pantang, saya menerima panggilan dari hospital Kajang. Hati mula berdebar kerana pihak hospital ada beritahu jika keputusan darah dan urine anak tak okay hospital akan segera hubungi saya. Jururawat yang membuat panggilan memberitahu keputusan darah menunjukkan anak saya mempunyai masalah tiroid dan perlu mengambil hormon tiroid setiap hari.

Kadar bacaan hormon tiroidnya melebihi 150 yang mana bacaan normal adalah antara 4 hingga 8. Allahu Akbar. Saya menarik nafas dalam-dalam cuba tenangkan hati. Saya terus call suami yang tengah mengajar supaya balik awal untuk ke hospital ambil pil hormon yang di maksudkan jururawat tadi. Selesai makan saya pandang wajah anak dengan perasaan sayu.

Lebih kurang 5.30 petang suami pulang dengan ubat yang dibekalkan hospital beserta satu borang rawatan susulan dan kad temujanji hospital. Saya meneliti nama ubat. Levothyroxine. Pada borang tertulis Congenital Hyphothyroidism. Saya buat research dan studi tentang hypotiroid di kalangan bayi. Saya ambil smartphone dan mula menggoogle berkenaan masalah tiroid pada bayi.

Subhanallah. Tak ada satu pun hasil carian saya yang menunujukkan cerita positif. Hati berbicara dengan Allah. Ya, Allah sedang menguji. Hati cuba berdamai dengan takdir Allah. Mencari harapan dalam kesamaran. Saya mula terfikir bagaimana perasaan ibu ibu lain yang menghadapi anak yang bermasalah. Allahu Akbar. Tabahnya mereka! Kuatnya mereka!

Hasil bacaan yang sungguh menggerunkan hati ibu. Saya ikut arahan doktor. Sebulan pertama tanpa gagal memberikan pil kepada Muaz. Hati naluri seorang ibu kuat menyatakan anak kecil saya ini sihat seperti anak-anak lain. Saya percaya Muaz sihat. Saya adalah pengamal NLP. Maka saya pasakkan dalam minda separa sedar saya anak saya sihat dan sembuh. Setiap malam dan siang sewaktu anak dalam keadaan sedang alpha saya bisikkan kata-kata semangat. Muaz sihat. Muaz kuat. Muaz dah sembuh sepenuhnya. Sebulan kemudian saya ke hospital Kajang. Seperti biasa darah di ambil di atas tangan. Seminggu kemudian saya sekali lagi berjumpa doktor untuk dapatkan keputusan. Di hospital saya temui ramai anak-anak yang punyai masalah kesihatan.

Terasa ujian ini terlalu kecil buat diri yang kerdil ini. Saya ambil kesempatan untuk bersembang-sembang dengan ibu yang sedang menunggu giliran. Kebetulan ada seorang ibu yang masalah kami serupa. Tapi yang tak seronoknya dengan semangat beliau bagitau penyakit tiroid bahaya, anak jadi lembap, terencat. Aduhai ibu. Saya tak berminat untuk dengar dan beredar dengan baik.

Alhamdulillah keputusan sangat baik. Bacaan menghampiri paras normal. Namun doktor arahkan Muaz teruskan ambil thyroxine setiap hari. Kali ni saya ingkar arahan doktor. Saya bagi on off. Perjumpaan bulan Mac, bacaan normal. Saya tidak beritahu doktor saya dah tak bagi pil pada Muaz Doktor menganggap bacaan normal disebabkan bantuan pil hormon tersebut. Dengan gembiranya doktor menyatakan pil tersebut tolerate dengan bayi. Maka perlu diteruskan lagi.

Saya tanya doktor berapa lama bayi perlu ambil pil hormon. Dua tahun kata beliau. Saya cuma senyum dan mengangguk faham. Saya tetap percaya Muaz boleh sembuh dengan cepat. Selepas perjumpaan tersebut saya tetap tak bagi Muaz pil tersebut. Bulan April saya miss appointment. Dua minggu kemudian doktor call. Saya perlu buat temujanji baru dan doktor ingin pastikan pil Muaz masih cukup bekalan. Saya sangat kagum dengan doktor hospital Kajang. Mereka sangat peka dan ambil berat terhadap pesakit.

Temujanji baru diberi. 9/5/2016 ambil darah dan 11/5/2016 ambil keputusan. Dengan perasaan yang berdebar saya jumpa doktor. Bagaimana jika keputusan naik mendadak dek kecuaian saya. Oh tidak. No negative talk! Dengan senyum dan tenang saya berhadapan dengan doktor muda yang cantik manis. Dia tanya aturan saya bagi ubat pada Muaz. Ada skip atau tidak. Saya teragak-agak juga nak menjawab. Alahai doktor tolong la bagitau result. Saya intai keputusan di meja doktor.

Wow! Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar! Keputusan darah adalah normal. Normal tanpa bantuan pil thyroxine! Dengan tenang saya cerita pada doktor hal sebenar. Sudah dua bulan saya langsung tak bagi. Doktor termenung. Beliau capai smartphone di meja. Tak pasti apa yang dicari. Berulangkali beliau tanya saya mohon kepastian. Cuak jugak. Kemudian beliau minta izin untuk ke bilik sebelah sekejap. Bertanyakan pendapat doktor pakar lain. Sepuluh minit kemudian beliau kembali. Beliau duduk perlahan, tarik nafas pandang mata saya. Kami bertentangan mata.

“Puan… puan dikira bernasib baik. Puan tak sepatutnya ingkar dengan arahan kami. Perkara macam ni tak boleh gamble macam tu saja. Once dah effect pada otak bayi, benda ni dah tak boleh tarik balik. Ini bukan benda main-main suka-suka nak try and error”. Agak panjang otak saya dicuci… (panjang nasihat doktor). Ayat terakhir beliau. Next time jangan buat macam ni. Saya telah mempertaruhkan kesihatan anak saya. Saya faham risikonya. Saya hanya menganggukkan kepala. Nodding.

Sekali kala saya ikut gaya beliau. Mirrorring. Tiada raut marah di wajah beliau walau hakikat sebenar beliau patut marah. Mungkin ini kes pertama dapat ibu yang degil. Akhirnya doktor terpaksa juga sahkan Muaz bebas dari hypothyroid. Maha Suci Allah. Sungguh benar. Allah Maha Mendengar. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa semua Allah Tahu. Ku Maka dengan rasminya Muaz tidak perlu jadi pengunjung setia Pakar Kanak-kanak Hospital Kajang lagi. Dengan kuasa dan izin Allah keajaiban benar-benar berlaku! Benar janji Allah di dalam Hadis Qudsi, firmanNya: “Aku sebagaimana sangkaan hambaku kepadaKu”

Sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita telah gunakan teknik NLP tanpa kita sedar.

Anak pertama saya semasa berumur empat hari doktor bagitau anak saya berisiko menjadi lembab atau mempunyai masalah pendengaran apabila besar disebabkan jaundis yang terlampau tinggi. Saat itu juga minda saya menolak dakwaan doktor. Saya percaya kuasa Allah mengatasi segala teori bijak pandai dunia. Saya tidak pernah percaya apa yang doktor katakan. Saya lawan fikiran negatif dengan doa yang bersungguh-sungguh. Alhamdulillah anak saya membesar dengan sihat dan pintar. Pada usia empat bulan beliau menang pertandingan bayi fotogenik.

Bermula empat tahun hingga ke darjah lima setiap tahun naik pentas menerima anugerah cemerlang sekolah agama juga sekolah kebangsaan. Lebih menakjubkan beliau telah terpilih memasuki Permata Pintar Negara pada tahun 2015 dan 2016. Bayangkan apa akan jadi sekiranya saya percaya dan berpegang pada kata doktor. Sudah pasti saya mengalah dan lupa untuk berdoa. Tahun ini beliau akan menduduki peperiksaan UPSR. Moga Allah terus menjaga dan melindungi anak-anak saya. Allah sebaik-baik Pelindung!

Betapa hebatnya minda ciptaan Allah. Benar kata Allah manusia adalah sebaik-baik kejadian. Fikiran positif dengan sistem kepercayaan dan teknik yang betul mampu mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Keajaiban demi keajaiban datang menyapa hidup kita.

“Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan?” (Surah ArRahman)

Kisah ini menjadi trigger kepada saya dalam menghadapi setiap ujian Allah. Keajaiban Allah sentiasa datang tanpa kita ketahui bila selagi akal dan minda kita sentiasa percaya dan yakin! Selagi bernama manusia, selagi hidup di bumi Allah.

Ujian pasti datang silih berganti. Masalah besar menjadi kecil atau tidak ada apa-apa bagi mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik terhadap Allah. Sekali pun kita merasa sukar dan payah namun setiap yang berlaku ada ibrah yang dapat kita kutip untuk dijadikan pelajaran dalam kehidupan.

Pelaburan wang dan masa mengikuti Program Neuro Linguistic Programming yang dikendalikan oleh Tuan Haji Fazli Yusof dan dianjurkan oleh NLP Malaysia Centre sangat berbaloi. Program NLP yang di mantapkan dengan ilmu akhirat dalam membentuk insan berkualiti, berjaya dan mohsinin! Saya dapat melihat perubahan serta hasil positif datang bertimpa-timpa. Ketenangan emosi dan kelapangan fikiran menelurusi kehidupan yang penuh warna warni. Diri dan minda dalam mod bersedia untuk menerima kejayaan demi kejayaan. Insya Allah!

Saya kini sedang membangunkan modul Perancangan Kewangan Islam yang memberikan solusi secara menyeluruh bagaimana merancang kewangan dengan betul. Merangkumi aspek aliran tunai dan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan, perlindungan pendapatan, penyucian serta pengagihan harta. Harta adalah milik mutlak Allah Taala, kita hanya pengurus di muka bumi Allah.

Wan Nur Syahira Binti Wan Mohamed
Certified NLP Practitioner
NLPMC Malaysia | NFNLP Florida USA.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *