BAGAIMANA MEMBINA MINDSET POSITIF UNTUK KEJAYAAN ANDA? ADA 3 CARA BOLEH ANDA AMALKAN.

BAGAIMANA MEMBINA MINDSET POSITIF UNTUK KEJAYAAN ANDA? ADA 3 CARA BOLEH ANDA AMALKAN.

Setiap orang mempunyai matlamat & impian yang mahu dicapai dalam kehidupan. Namun, sudah menjadi adat dunia kita tidak dapat lari dengan pelbagai cabaran & halangan yang hadir. Tidak semua dapat mengharungi dengan jayanya; sebaliknya ramai yang terkandas di pertengahan.
Salah satu faktor berlakunya situasi tersebut adalah cara & corak kita berfikir, yang dipanggil mindset. Mindset yang betul akan mempengaruhi tindakan, usaha, dan tabiat yang cemerlang. Namun jika sebaliknya, kita akan ketinggalan dan masih berada ditakuk lama. Untuk berubah, kita perlu memulakan dengan membina mindset yang positif.

Bagaimana Mindset Positif Mencorak Kejayaan Individu?
Terdapat 2 sebab pentingnya membina mindset yang positif. Bahkan ia telah dibuktikan dengan siri kajian oleh beberapa ahli akademik yang mengkaji perihal corak pemikiran orang-orang yang berjaya:

1] Mindset positif Menjadikan Kita Lebih Realistik
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti California, Los Angeles dengan kerjasama Universiti Konstanz mengenai kesan Mindset pada Ilusi Positif menunjukkan bahawa orang mempunyai pemikiran positif realistik dalam menetapkan matlamat.
2] Mindset Positif Membina Kemahiran Insaniah
Terdapat satu kajian pernah dijalankan oleh Barbara Fredrickson, seorang pakar psikologi Universiti North Carolina tentang kaitan Mindset & emosi yang positif dengan skillset (kemahiran insaniah). Hasil dari kajian tersebut maka lahirlah teori “Broaden & Build”. Teori ini menjelaskan emosi & mindset positif menjana pelbagai kemahiran baru yang boleh menambah nilai hidup seseorang, seterusnya mempengaruhi personaliti individu berjaya.

Bagaimana Meningkatkan Mindset Positif Dalam Diri?
1. Membaca Buku.
Ideanya di sini adalah menambah ilmu pengetahuan tentang perkara yang anda inginkan dalam kehidupan. Sama ada topik motivasi atau berkaitan dengan bidang anda; ia secara tidak lansung boleh menambah pengetahuan & skillset anda semasa ke semasa. Elakkan membaca buku hiburan melampau yang boleh menjejaskan fokus anda.
2. Berdamping dengan Individu Positif.
Cara yang mudah adalah dengan menghadiri majlis ilmu. Di situ kita akan berjumpa kenalan baru yang mempunyai tujuan yang sama dengan kita. Disamping itu, ambil peluang di waktu dengan bertemu insan yang berjaya & dapatkan khidmat nasihat serta kata-kata inspirasi. Ia akan menjadikan kita lebih semangat untuk terus berusaha mencapai impian yang dituju.
3. Hindari Perkara Melalaikan.
Sememangnya ini perkara yang agak mencabar lebih-lebih semasa kita sedang aktif di laman sosial. Pelbagai kisah negatif & khabar angin sentiasa bertandang sehinggakan mempengaruhi pemikiran. Namun itulah antara punca yang menjejaskan mindset kita selama ini. Justeru salah satu cara yang berkesan adalah kawal masa anda aktif di laman sosial. Pilih saluran & page yang boleh mencetus inspirasi anda supaya emosi & mindset positif anda sentiasa konsisten.

Kesimpulan
Corak pemikiran yang positif akan mempungaruhi tabiat & sikap bekerja individu untuk lebih berjaya. Justeru mari kita mulakan tindakan awal dengan memperbetulkan cara berfikir yang lebih baik supaya impian yang selama ini tertunda akan menjadi mudah untuk digapai.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *