3 PRINSIP POSITIF INI BOLEH MERANSANG KECEMERLANGAN AHLI PASUKAN ORGANISASI ANDA

3 PRINSIP POSITIF INI BOLEH MERANSANG KECEMERLANGAN AHLI PASUKAN ORGANISASI ANDA

Pendahuluan

Kejayaan sesebuah organisasi itu bermula dari semangat kerja berpasukan yang bersatu hati. Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai kemahiran berbeza yang ada pada setiap individu. Ini akan membuatkan suatu kumpulan itu berdaya saing, produktif, & fokus mencapai sasaran.

Terdapat sebuah kajian yang membincangkan tentang semangat berpasukan yang dipelopori oleh seorang ahli psikologi dari Universiti Harvard iaitu J. Richard Hackman. Kajian ini telah dijalankan pada sekitar 1970-an dengan bertujuan mencari faktor kejayaan sesebuah pasukan atau organisasi. Hasilnya, beliau mendapati terdapat 3 elemen utama yang boleh mencetus kejayaan iaitu:

  1. Compelling Direction
  2. Strong Structure
  3. Supportive Context

 

  1. Compelling Direction

Iaitu sesuatu arahan atau tujuan yang jelas yang perlu difahami oleh warga kerja anda. Caranya adalah anda perlu berkongsi maklumat tentang visi, misi, matlamat & objektif organisasi kepada mereka. Apabila mereka faham, gerak kerja akan menjadi mudah dan lancar kerana mereka faham & jelas akan tugasan mereka yang boleh disumbangkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

 

  1. Strong Structure

Selain itu ciri yang menyumbang kejayaan kerja pasukan adalah “Strong Structure”, atau struktur organisasi yang kukuh. Maksudnya, di dalam organisasi kita memerlukan individu-individu yang memiliki kepakaran & kemahiran di bidang masing-masing. Kriteria ini diperlukan dalam sebuah kumpulan untuk bergerak, seterusnya mencapai matlamat. Ini juga akan memberi nilai tambah kepada sesuatu organisasi lebih-lebih lagi ketika menjalani sesi mendapatkan idea-idea baru. Apabila prinsip “Strong Structure” diterapkan, secara tidak lansung akan memupuk sikap berpasukan yang positif.

 

  1. Supportive Context

Satu lagi ciri penting diperlukan adalah Supportive Context (Saling Bekerjasama). Dengan matlamat yang jelas, kemahiran yang pelbagai, ia menjadi satu satu kelebihan kepada organisasi itu sendiri ketika menjalankan sesuatu projek. Mereka saling bekerjasama & melengkapi antara satu sama lain dengan kemahiran bidang yang dimiliki.

 

Kesimpulan

Inilah 3 prinsip asas yang telah ditemui oleh Hackman sepanjang kajian beliau terhadap tabiat & sikap yang ada pada ahli pasukan positif, dan ini berkait rapat dengan mindset positif. Ia bukan sahaja mendorong kejayaan seseorang individu itu, bahkan menjadi pencetus kecemerlangan sesebuah organisasi.

 

Persoalannya, bagaimana untuk membina mindset yang positif di kalangan ahli pasukan sesebuah organisasi? Anda boleh dapatkan info lanjut di link bawah.

 

Klik di sini untuk info lanjut.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *