Author - nlpmalaysia

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Lenyapkan Sifat Panas Baran Dengan Mengamalkan Teknik NLP Hanya Dalam Masa 6 Bulan

Panas baran sejak azali..

Tuan Mohamad Nizam memulakan kerjaya beliau dengan mencebur diri dalam bidang jualan dan menjadi seorang ‘salesman’. Rutin kerjanya yang melibatkan komitmen dan tekanan yang tinggi membuatkan sifat panas baran beliau semakin menjadi – jadi. Maki hamun menjadi ‘makanan harian’ di tempat kerja. (more…)

Fikir Positif, Hasil Positif : Ibu Positif Bantu Anak Atasi Penyakit Tumbesaran Otak

Anak merupakan satu anugerah Allah yang paling berharga dan begitu tinggi nilainya kepada pasangan yang mendambakan kebahagiaan dalam rumah tangga. Anak sebagai zuriat penyejuk mata penyeri dalam setiap aspek kehidupan. Alhamdulillah saya diberi rezeki oleh Allah memiliki lima cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Di sini saya ingin berkongsi kisah anak ke lima saya yang bebas dari penyakit Kongenital Hyphothyroidism dengan kuasa minda yang Allah kurniakan. (more…)

Dulu Kawan, Kini Lawan! : Teknik Distortion, Generalisation Dan Deletion Jadikan Lelaki Ini Benci Pada Rokok

Lelaki yang menghisap rokok majoritinya ‘memikirkan’ bahawa mereka akan nampak “MACHO” bila merokok. Lantaran itu, saya merokok sebaik sahaja memulakan matrikulasi di sebuah institusi pengajian tinggi di subang jaya pada 1988. 16 orang dalam satu tingkat rumah kedai dengan 90% adalah perokok. Ahhhh, nikmatnya merokok apabila asap berkepul kepul keluar dari hidung dan mulut. Ada juga pertandingan asap paling menarik dikalangan rakan-rakan. Sejak itu, rokok adalah teman setia. Biar tidak cukup duit untuk makan tetapi peruntukan rokok sentiasa dijaga rapi. (more…)

Kisah Bekas Mat Rempit Berhijrah Menggunakan Teknik NLP dan Melakukan Perubahan 360

Pada tahun 2009-2012, dunia permotoran pada ketika itulah yang saya sangat bangga-banggakan. Saya lebih gemar digelar sebagai “Mat Rempit” berbanding gelaran lain. Saya suka menyahut cabaran dan melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain. Maka dengan itu, saya sentiasa “upgrade skills” bagi mengatasi kelemahan dalam diri tetapi sayangnya, dalam konteks dan situasi yang negatif. (more…)

Impian Menjadi Realiti : Teknik ‘Anchoring’ Bantu Lelaki Ini Kekalkan ‘Mood’ Untuk Kecapi Impian

Semua orang ada impian. Menjadi pelajar cemerlang.pekerja berpangkat besar, sering dipuji tentang kecantikan diri, memandu kereta bmw, bercuti di venice italy, mengerjakan umrah bersama ibu dan ayah, menulis buku biografi diri, tidur di kamar bilik tidur serba mewah, mengahwini gadis rupawan atau  menjadi jutawan semuda mungkin. (more…)

DULU STRES, KINI BAHAGIA : Bagaimana Seorang Ayah Mengawal Baran Dengan Kerenah Anak Autistik

Seperti orang lain, saya juga ada keinginan dan keutamaan di dalam hidup. Antaranya seperti ketenangan dalam beribadat, perniagaan yang menguntungkan, kebahagian rumahtangga serta zuriat yang ramai dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, di antara semua keutamaan tersebut, saya meletakkan kepentingan anak istimewa saya yang didiagnoskan sebagai anak autistik yang kini berusia tujuh (7) tahun adalah paling utama. (more…)

Bagaimana Lelaki Ini ‘Kantoikan’ Anak Yang Tak Solat Dengan Teknik NLP

Antara kemahiran NLP yang menarik perhatian saya adalah “eye accessing cues” di mana kita boleh “membaca” sama ada seseorang itu sedang memberitahu perkara yang sememangnya fakta atau perkara yang sengaja direka untuk menyedapkan pendengar. Saya juga mengulas kepada isteri bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai cenderung visual, auditori, atau kinestetik, dan cara mengenal pasti kecenderungan seseorang itu menggunakan teknik ini. (more…)

Meta Program NLP

Anda ingin meningkatkan bagaimana anda berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain? Nilai intrinsik menunjukkan diri mereka sebagai corak dalam apa yang anda katakan, bagaimana anda mengatakan ia, dan apa yang kamu lakukan. Pengaturcaraan Linguistik neuro (NLP) menggelarkan ia sebagai nilai-nilai intrinsik, meta-program. Anda boleh fikirkan setiap metaprogam sebagai tingkah laku yang pelbagai dan kecenderungan berdasarkan apa yang anda nilai. Kunci sebenar adalah untuk memberi perhatian untuk tahu di mana nilai intrinsik yang menyekat anda, dan untuk menggunakan meta-progams untuk membantu anda meningkatkan keberkesanan anda dengan orang lain. Di Brilliant NLP: David Molden dan Pat Hutchinson menulis mengenai beberapa yang paling biasa NLP meta-program.

(more…)

Apakah Itu NLP

NLP bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam NLP.

(more…)