Lihat Bagaimana Lelaki Ini Lenyapkan Sifat Panas Baran Dengan Mengamalkan Teknik NLP Hanya Dalam Masa 6 Bulan

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Lenyapkan Sifat Panas Baran Dengan Mengamalkan Teknik NLP Hanya Dalam Masa 6 Bulan

Panas baran sejak azali..

Tuan Mohamad Nizam memulakan kerjaya beliau dengan mencebur diri dalam bidang jualan dan menjadi seorang ‘salesman’. Rutin kerjanya yang melibatkan komitmen dan tekanan yang tinggi membuatkan sifat panas baran beliau semakin menjadi – jadi. Maki hamun menjadi ‘makanan harian’ di tempat kerja. Beliau juga pernah dimarahi disebabkan kesilapan kecil yang beliau lakukan. Ini membuatkan beliau semakin tidak puas hati dengan majikan beliau dan ia telah mencetuskan pertelingkahan. Sikap panas baran beliau juga semakin bertambah teruk sehingga pelanggan beliau juga menjadi mangsa herdikan apabila mereka menolak pembentangan penjualan produk yang dilakukan beliau.

Sikap panas baran beliau turut memberi kesan buruk pada hubungan kekeluargaan beliau. Barangan rumah menjadi bahan melepaskan geram apabila beliau marah pada sesuatu. Ini membuatkan isteri, anak – anak, dan keluarga mentua tidak menyukai sikap beliau.

Apabila beliau sudah mula menongkah tangga kejayaan dalam kerjaya dan dinaikkan pangkat, sikap panas baran beliau masih mencetuskan pelbagai masalah di tempat kerja. Beliau sering dipanggil oleh pihak atasan yang menerima banyak aduan daripada staf yang kurang senang dengan sikap panas baran beliau. Keadaan ini berlarutan sehingga mencetuskan perbalahan antara beliau dan orang bawahan. Malahan, lebih teruk lagi, beliau telah kehilangan ramai pekerja kerana mereka berhenti kerja atau bertukar ke jabatan lain kerana tidak tahan dengan sikap panas baran beliau. Akhirnya beliau sendiri membuat keputusan untuk berhenti dan bekerja di syarikat lain.

Bagaimanapun, sikap panas baran beliau masih berterusan sehingga menyebabkan beliau menjadi stres dan hilang fokus. Beliau menjadi gagal menguruskan diri dengan betul dan kehilangan ramai rakan sekerja kerana ramai yang kurang senang dengan sikap beliau. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, beliau masih gagal mengawal sikap panas baran beliau dan ia telah menyebabkan perniagaan dan kerjaya beliau sebagai seoang trainer terumbang – ambing kerana beliau sukar menerima dugaan dan ujian yang datang. Beliau mula merasakan tiada ketenangan dalam hidup dan mula berniat utuk melakukan perubahan.

Detik permulaan segalanya..

Segalanya bermula apabila rakan – rakan beliau menceritakan tentang teknik NLP yang digunakannya dalam program latihan. Mereka menceritakan tentang kehebatan program tersebut. Beliau yang sebelum ini tidak pernah ambil tahu tentang kaedah NLP mula membuat tindakan dengan melakukan kajian tentang Neuro Linguistic Programming (NLP). Beliau menggunakan Google dan cuba mengapplikasikan teknik – teknik yang dibaca. Malangnya, perubahan yang dibuat hanya sekejap dan beliau masih belum dapat merubah corak kehidupan seperti yang beliau inginkan.

Beliau mula menyertai Grand Power Seminar yang dianjurkan oleh NLP Malaysia dan dari situlah beliau belajar kaedah MIND SETTING yang tepat. Beliau juga mula menggunakan teknik “ANCHORING” – yang diajar oleh pengamal NLP yang bertauliah Hj. Fadzli Yusof. Beliau mula merasakan ada perubahan – perubahan kecil dalam kehidupan beliau. Corak pemikiran beliau sudah mula berubah dan mula ada kelainan. Cara beliau bekerja juga sudah semakin positif, bertenaga dan lebih fokus. Cuma sikap panas baran beliau masih belum berkurangan pada ketika ini.

Meneruskan tekad untuk berubah..

Beliau menyertai Grand Power Seminar untuk kali kedua pada tahun 2016, di mana beliau mempelajari beberapa teknik baru seperti FIXED MINDSET & GROWTH MINDSET. Dari sinilah beliau mula mengalami banyak perubahan. Beliau berjaya mengatasi masalah yang sering menghantui hidup beliau dan sering berasa bersalah dalam diri. Paling menarik, sikap panas baran beliau TERUS LENYAP sekelip mata selepas beliau mengaplikasikan terus teknik yang di ajar. Jiwa beliau semakin tenang dan beliau berjaya mengawal emosi dengan baik sekali.

Oleh kerana perubahan – perubahan yang berlaku sangat mengujakan, beliau mula menghadiri semua seminar yang dianjurkan oleh NLP Malaysia. Kini beliau adalah salah seorang pengamal tegar kaedah NLP dalam membimbing diri sendiri, keluarga dan rangkaian rakan niaga serta seminar – seminar yang dijalankan di syarikat beliau sendiri. KINI setelah mempelajari dan mempraktikkan ilmu NLP, beliau telah berjaya bangkit dengan semangat baru, minda yang sentiasa positif dan yang paling penting, beliau berjaya uninstall sistem minda yang lama dan negatif dan digantikan dengan SOFTWARE baru.

Bagi beliau, ilmu NLP yang diperolehi tidak ternilai harganya. Setelah menggunakan segala teknik dalam kaedah NLP ini, kini beliau telah dilantik sebagai rakan kongsi beberapa perniagaan dan diminta menjadi tenaga pengajar bagi rangkaian perniagaan mereka. Kini seluruh keluarga beliau amat seronok dengan perubahan beliau yang sungguh ketara. Mana tidaknya, beliau mengambil masa selama hanya 6 bulan untuk merubah diri beliau dari seorang yang pemarah kepada seorang yang sungguh relax dan tenang sekali.

“Saya sungguh BAHAGIA sekarang. Terima kasih NLP.”

 

Mohamad Nizam Hj Abdul Samar Zammi
Certified NLP Practitioner
NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *