Lihat Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berta Badan Dari 115kg Ke 97kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan Menggunakan Teknik NLP

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berta Badan Dari 115kg Ke 97kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan Menggunakan Teknik NLP

 

“Saya masih ingat, dimana sebelum mengaplikasikan NLP dalam hidup saya, saya berhadapan dengan kepayahan dari segi mental dan fizikal apabila berat badan saya sebelum ini lebih kurang 115kg.

Tinggi saya cuma 165cm dimana dengan berat badan seperti itu, saya dikategorikan sebagai golongan obesity yang melampau kerana jika diukur dengan BMI, berat badan ideal saya sepatutnya ialah 76kg.

Antara cabaran yang saya lalui ialah:

1) Menghadapi kesukaran untuk tidur nyenyak. Saya kerap tersedar dari tidur akibat keletihan seperti orang baru lepas berlari.

2) Bebanan emosi bila mana susah untuk membeli seluar & baju baru yang kebanyakkannya tiada saiz yang sesuai.

3) Pernafasan yang terhad (termengah mengah bila naik tangga atau berjalan jauh sedikit atau melakukan aktiviti yang berat).

4) Menjadi bahan ketawa kepada rakan-rakan.

5) Selalu hilang motivasi atau malas untuk bergerak.

6) Aktiviti perkumuhan badan saya tidak teratur. “

 

Fahami dan telitikan masalah beliau..

Tuan Saiful Azuar berdepan dengan masalah berat badan yang menjejaskan kehidupannya sebagai seorang lelaki, suami, ayah, anak, dan juga sebagai seorang pekerja.

Bagi beliau, tabiat pemakanan dan kurang bersenam adalah penyumbang UTAMA berat badan beliau SEMAKIN NAIK. Selain daripada jenis makanan yang umumnya dimasak dengan menggunakan santan dan minyak, kuantiti makanan yang banyak juga turut menyumbang ke arah penambahan berat badan beliau.

Tambahan pula, apabila berhadapan dengan STRESS, beliau akan pergi menikmati apa – apa makanan kegemaran beliau dengan tujuan menghilangkan stress tersebut. Selain itu, beliau gemar makan sebelum waktu tidur dan pilihan yang digemari beliau adalah roti canai dan teh tarik. Makanan segera, jajan dan coklat juga menjadi makanan kegemaran beliau ketika waktu lapang dan waktu bersantai bersama keluarga.

 

Sudah puas mencuba dan mencuba.. sehingga berputus asa..

Mungkin ada yang tertanya – tanya,

Takkan tak pernah cuba bersenam atau apa – apa cara untuk turunkan berat badan?”

Ya. Beliau sudah mencuba pelbagai cara untuk selesaikan masalah tersebut. Antaranya. Beliau bersenam, mengambil ubat atau supplement tambahan. Beliau pernah turun 3kg berat dalam masa 2 minggu dengan mengamalkan senaman naik dan turun tangga di dalam rumah selama 30 minit setiap hari.

Tetapi tidak bertahan lama..

Beliau juga mengamalkan air kosong berbotol – botol selama 2 tahun tetapi masih tidak berkesan. Beliau cuba konsisten jogging, namun usaha beliau itu juga tidak kekal.

Pada waktu itu, beliau fikir seperti melakukan segalanya tetapi apabila usaha itu gagal, beliau merasakan tidak ada gunanya lagi berusaha untuk turunkan berat badan kerana semuanya sia – sia..

 

Detik segalanya – galanya berubah..

Pada tahun 2007, beliau telah mengikuti satu program yang berteraskan Neuro Linguistic Programme (NLP) di Pahang.

“Di dalam program tersebut, saya telah belajar bagaimana untuk mengaplikasikan kaedah NLP dalam kerjaya saya sebagai Perunding Kewangan Takaful (Financial Advisor). Program tersebut sangat baik kerana ia menekan teknik penetapan matlamat dan bagaimana untuk memprogramkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Ia telah membuka minda saya tentang bagaimana dengan teknik pengulangan boleh menyemarakkan emosi dan motivasi diri agar sentiasa dalam keadaan ghairah dalam mencapai matlamat ditetapkan.”

 Walaubagaimanapun, secara peribadi, program tersebut tidak mendedahkan NLP secara khusus untuk difahami, seperti teknik Reframing, Pace and Leads, Chunking Up Chunking Down, Presupposition dan lain – lain teknik yang ada dalam NLP.

Pada akhir tahun 2015, seorang rakan mengajak beliau untuk mendaftar ke program Grand Power Seminar (GPS) yang dihadiri lebih kurang 1500 orang peserta. Dari sinilah beliau mengenali NLP Malaysia dan Tuan Haji. Fadzli Yusof – International Certified NLP  Trainer yang mengendalikan program tersebut.

Dari program ini jugala beliau belajar bahawa manusia sebenarnya mempunyai unlimited potensi dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan model dan teknik untuk berjaya – yang mana kita boleh uninstall, delete dan re – install software emosi dan pemikiran untuk mencapai apa yang kita impikan.

“Dari situlah saya mengambil langkah untuk menyertai NLP Basic Practitioner kerana saya perlu learn and re-learn serta laksanakan semula teknik NLP dengan lebih berkesan kepada diri sendiri dan orang-orang disekeliling saya.”

 

 

Mengapplikasikan beberapa teknik NLP dan kesan yang mengejutkan..

Teknik Reframing

Beliau menetapkan semula matlamat untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan teknik ini. Kerangka minda beliau sudah berubah ke arah negatif disebabkan usaha – usaha yang dilakukan sebelum ini sudah menemui kegagalan; membuatkan beliau berputus asa.

Dengan menggunakan teknik ini, apa sahaja pengalaman, khususnya pengalaman gagal, berkemungkinan besar akan dapat memberi lebih banyak kejayaan.

 

“Reframing adalah kaedah yang sangat berkuasa; bagaimana kita mengawal dan menguasai cara kita berfikir berkenaan sesuatu pengalaman. Dan kita juga boleh mengubah kerangka pemikiran itu bila keadaan berubah. Pendek kata, teknik ini juga adalah teknik untuk mengubah persepsi pada bila-bila masa atau dimana sahaja bila kita perlukan.”

 

Kaedah ini juga dapat menggerakkan subsconscious mind saya ke arah matlamat yang saya inginkan. Terdapat dua (2) jenis teknik mengubah kerangka minda iaitu Context Reframing dan Content Reframing.

Berikut adalah pengalaman Tuan Saiful Azuar mengaplikasikan teknik – teknik NLP dalam misi menurunkan berat badan beliau:-

“Untuk memulakan langkah reframing, terlebih dahulu saya perlu memisahkan diri (disassociate)  daripada pengalaman kegagalan,kekecewaan atau kepedihan menurunkan berat badan sebelum ini agar dapat membuka ruang perspektif baru dalam kerangka baru minda saya.

Dengan langkah itu, ia memudahkan saya mengubah gambaran dalaman dan fisiologi didalam diri saya. Secara tidak langsung saya dapat mengubah tindakan tabiat pemakanan saya dan kerangka pemikiran tentang pengawalan diri dalam mencapai satu-satu matlamat.

Setelah itu, dengan tekad yang baru untuk kurangkan berat badan saya ini, maka saya telah mulakan langkah dengan mengambil tindakan. Antaranya ialah:

  1. Setiap pagi saya akan melihat gambar perkahwinan saya dan isteri pada tahun 2001 dimana berat badan saya ketika itu sekitar 80kg sahaja. Gambar itu saya letakkan betul-betul diatas almari cermin dimana saya akan meyikat rambut disitu setiap pagi. Ketika saya melihatnya setiap pagi, saya akan membayangkan dan berkata pada diri saya bahawa itulah berat badan saya pada suatu hari nanti. Tindakan ini Berjaya membina mindset saya setiap hari untuk memiliki berat yang ideal setiap masa.
  2. Saya segera mendapatkan maklumat dimana saya perlu kurangkan makan nasi dan makanan yang bergoreng serta kurangkan minuman manis. Banyakkan air kosong. Untuk 5 hari yang pertama, setiap kali lapar badan saya akan menggigil. Pada waktu itu, saya akan focus kepada kerangka minda positif saya untuk mencapai perubahan yang saya inginkan.
  3. Saya berjaya menyusun jadual pemakanan, jenis-jenis makanan yang saya perlu makan dan kuantiti yang dibenarkan. Ini dapat saya lakukan apabila menyertai kumpulan atau kelompok orang-orang yang sama-sama ingin menurunkan berat badan.
  4. Semua pakaian yang saya gemari tetapi tidak muat atau ketat, pakaian itu saya kerap keluarkan dan saya akan cuba pakai agar memberi input bahawa saya perlu kurangkan berat badan agar saya dapat pakai semula pakain tersebut. Saya cuba
  5. Setiap kali berkunjung kerumah kawan-kawan atau saudara mara, khususnya pada waktu keraian dan perayaan, saya akan bayangkan kuantiti makanan dan set kan minda saya agar tidak mengambil makanan yang memudaratkan perancangan saya itu.
  6. Apabila saya teringin kepada makanan kegemaran khususnya makanan segera, saya akan segera membayangkan bahawa keinginan saya itu akan menukarkan saya agar lebih kuat menjauhi makanan tersebut.

Setelah beberapa minggu saya laksanakan tindakan, saya telah nampak kesannya. Hati mulai rasa seronok kerana melihat usaha yang telah mendapat hasil. Badan mula terasa ringan dan mudah nak bergerak. Sistem perkumuhan badan juga lebih baik dan lancar.”

 

Kejayaan mula hadir satu persatu…

Setelah cuba mengapplikasikan beberapa teknik yang disebutkan di atas, beliau mula mendapat beberapa keputusan positif. Antaranya:-

 

  • Berjaya turunkan berat sebanyak 3kg pada peringkat permulaan.
  • Berjaya menurunkan 7kg pada bulan kedua.
  • Mendapat pujian daripada rakan – rakan, saudara mara serta kenalan yang tahu mengenai perubahan yang dialami beliau.
  • Mereka ingin tahu dan ingin belajar tentang teknik NLP yang digunakan beliau.
  • Berjaya menarik perhatian dan aura positif daripada orang di sekeliling beliau.
  • Mendapat keyakinan baru.
  • Berketrampilan dengan imej yang lebih baik. Justeru meningkatkan lagi keyakinan diri.
  • Ramai kawan – kawan yang turut sama menyokong beliau.
  • Berjaya turunkan lagi 8kg pada bulan seterusnya – kesemuanya sebanyak 18kg dalam masa 3 bulan.
  • Tidur lebih lena dan tiada gangguan pernafasan. Bangun pagi dengan badan yang ringan dan penuh bertenaga.
  • Boleh memakai semula pakaian – pakaian lama yang sudah tidak dapat dipakai.
  • Terpaksa alter semula semua seluar kerana ukur lilit pinggang sudah semakin kecil.
  • Semakin rajin dan tidak kisah untuk berjalan jauh.
  • Sistem perkumuhan badan semakin kembali normal.
  • Anak- anak gembira dengan perubahan beliau.

 

Apa sahaja perubahan yang kita ingin capai, pasti ada tekniknya. Sebagai contoh, teknik reframing membawa seseorang itu mengeluarkan potensi dari dalam diri dia bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

 

“Dengan teknik reframing ini, ianya sangat powerful dimana teknik ini mampu merubah kerangka minda seseorang. Kita sedia maklum bahawa setiap tindakan manusia berlandaskan kerangka pemikiran mereka. Jika kerangka minda mereka positif maka hasilnya juga akan positif. Sebaliknya jika kerangka mindanya berserabut dan penuh dengan minda yang negative, maka apa sahaja yang dilakukan akan menjurus kearah negative.”

 

Saiful Azuar Bin Manan

Certified NLP Practitioner

NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *