TEKNIK BERMONOLOG BANTU LELAKI INI BANGKIT KEMBALI UNTUK BERJAYA

TEKNIK BERMONOLOG BANTU LELAKI INI BANGKIT KEMBALI UNTUK BERJAYA

Bila ditanyakan kepada sesiapa sahaja siapa yang tidak mahu berjaya, pastilah jawapannya TIDAK ADA. Semua orang mahu berjaya, dan pastinya tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kegagalan itu menyesakkan jiwa dan perasaan. Tapi adakah kegagalan itu penamat bagi setiap pengakhiran?

Inilah persoalan yang sering berlegar dalam minda Tuan Lokman Hakim, bilamana beliau di uji dengan ujian kegagalan dalam perniagaanya. Banyak kali beliau merasakan seperti mahu berputus asa sahaja dalam kehidupan kerana ujian yang diterima terlalu berat. Bangun pagi pun dalam keadaan tiada semangat untuk bekerja, perhubungan dengan keluarga seringkali menjadi tegang dan tidak mesra. Kesemuanya dirasakan terlalu memeritkan dan  menyesakkan jiwa.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah suatu hari beliau hadir ke satu forum keusahawanan. Beliau hadir ke salah satu slot salah seorang pakar motivasi terkenal di Malaysia, dan antara petikan yang masih beliau ingat hingga ke saat ini adalah;

“Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam. Orang yang terdepadaya adalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Manakala orang yang tercela adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.”

 Sejak dari saat itu beliau sedar bahawa kegagalan yg dihadapi hanyalah sebagai satu peringatan, yang Allah hadirkan supaya beliau boleh berhenti sejenak dan berfikir.

 

MULA MENCARI..

Sejak menghadiri program tersebut, beliau kemudiannya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku – buku motivasi terutamanya yang berkaitan dengan cara untuk bangkit daripada kegagalan.

Walaupun tiada buku khusus yang membicarakan tentang langkah untuk bangkit dari kegagalan dan berjaya, namun beliau mendapati hampir kebanyakan buku membicarakan tentang sesiapa yang memiliki kelakuan – kelakuan tertentu, individu tersebut boleh berjaya. Melalui pembacaan itu jugalah beliau mula mengetahui tentang ilmu NLP yang mengkaji dan memahami bagaimana minda manusia beroperasi dan seterusnya mempengaruhi tingkahlaku serta prestasi manusia.

Atas rasa ingin tahu, beliau mula mencari di Google dan membaca artikel – artikel berkaitan ilmu NLP. Malahan, beliau juga mula mencari program – program latihan berkaitan  NLP yang diadakan di Malaysia.

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, pada awal tahun 2016, beliau terjumpa iklan seminar NLP yang dinamakan Grand Power Seminar, yang dianjurkan oleh NLP Malaysia dan dikendalikan oleh International Certified NLP Trainer iaitu Hj. Fadzli Yusof.  Beliau terus mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut.

Ternyata program tersebut tidak mengecewakan beliau kerana banyak ilmu yang dipelajari beliau. Beliau terus mendaftarkan diri untuk menyertai program seterusnya iaitu IMPAK dan QUANTUM kerana beliau yakin ianya satu pelaburan yang sangat berbaloi. Terdapat banyak kaedah dalam NLP yang membantu beliau memperbaiki dan mempersiapkan diri untuk mengurus kegagalan dan untuk berjaya.

 

BANGKIT KEMBALI DENGAN ILMU NLP..

Selama ini beliau tercari – cari formula untuk mengurus kegagalan dan bangkit untuk berjaya..

Dan kini beliau menemui jawapannya dalam ilmu NLP, yang telah mengajar beliau bahawa setiap manusia boleh diprogramkan untuk berjaya. Dan program yang paling mudah adalah memprogramkan diri kita terlebih dahulu.

Perkara pertama yang beliau rasakan begitu penting sekali adalah ‘installer diri’. Ini adalah kerana untuk menjadi orang berjaya, beliau tahu, orang yang boleh mencipta dan membantu kejayaan itu untuk terjadi adalah diri beliau sendiri.

 

DULU KERAP MENYALAHKAN ORANG LAIN..

Beliau kerap mendengar perkongsian dari ramai orang berjaya bahawa dalam apa jua keadaan, perkara pertama yang perlu dilakukan apabila menemui kegagalan adalah untuk muhasabah diri dan memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Di awal proses muhasabah beliau, beliau mudah untuk meyalahkan orang lain dan faktor – faktor luaran yang lain.

Beliau menyalahkan pengurus kilang yang tidak mengurus operasi pengeluaran dengan baik, pelanggan – pelanggan yang gagal membayar belian kredit sehingga kerugian ratusan ribu ringgit, sikap pekerja yang melayan pelanggan yang masuk ke dalam butik dengan sambil lewa.

Namun, akhirnya beliau sedar bahawa dengan menyalahkan orang lain, beliau tidak akan dapat mengurus kegagalan dan berjaya di masa hadapan. Apabila beliau meletakkan diri beliau sebagai asas punca kegagalan, proses untuk bangkit daripada kegagalan dan mencapai kejayaan menjadi lebih mudah.

 

TERUS BERUSAHA UNTUK BERUBAH..

Sejak dari seminar NLP pertama yang dihadiri, Tuan Lukman sering cuba mengapplikasikan ilmu yang dipelajari sebaik mungkin pada diri beliau.

Salah satu daripadanya adalah teknik monolog.

Melalui kaedah monolog, saya berjaya memprogramkan beberapa perkara seperti konsisten membaca buku setiap hari, melakukan penyelidikan dan fokus untuk mencapai sesuatu matlamat dalam masa yang ditetapkan. Saya bermonolog di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan temujanji dengan bakal pelanggan, dan juga saat saya selesai solat sendirian. Seringkali juga saya bermonolog sebelum saya melelapkan mata untuk tidur. Hasilnya, karakter, kompetensi, dan kebiasaan dalam diri saya juga dapat diubah menjadi sesuatu yang saya inginkan selari dengan sifat – sifat orang berjaya yang lain.”

 Beliau mengakui, pada awal peringkat melakukan self programming ini, beliau merasakan ianya tidak begitu berkesan. Ini adalah kerana membuang sesuatu seperti karakter, kompetens dan kebiasaan yang sudah sebati dalam diri bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Namun, beliau tidak mudah patah semangat dan terus mencuba, dan terus memperbaiki cara beliau bermonolog. Beliau memulakan kembali dengan memasukkan installer mudah iaitu dengan memperkukuhkan karakter, kompetensi dan kebiasaan yang bersifat positif. Walaupun teknik bermonolog ini nampak seakan mudah, namun ia memerlukan komitmen dan konsistensi yang tinggi supaya apa yang ingin diinstall akan berjaya.

 

PERUBAHAN POSITIF..

Kini setelah hampir setahun lebih beliau mengamalkan teknik bermonolog (self programming), beliau telah berjaya membuang beberapa ciri dan karakter negatif dalam diri beliau seperti pemarah, kurang keyakinan diri, mudah berputus asa, kurang fokus dan beberapa yang lain. Semua ciri negatif terbuang secara automatik setelah beliau berjaya memasukkan ciri dan program positif yang baru dalam diri secara berperingkat.

Beliau sangat bersyukur kerana berpeluang mempelajari ilmu NLP. Biarpun bukan semua ilmu yang dipelajari mampu dipraktikkan beliau, tetapi telah banyak kesan positif yang beliau perolehi terutamanya dari segi peningkatan kebolehan diri sendiri.

Sekarang, beliau telah berjaya meningkatkan perniagaan beliau dan kembali fokus pada kekuatan dan kemahiran untuk melakukan perancangan projek pembangunan, semakin yakin untuk berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman dan perniagaan kepada ramai sahabat usahawan di seluruh negara dalam program keusahawanan.

“Teruslah melangkah kerana kejayaan serta kebaikan itu sedang menanti anda di hadapan. … Ingatlah bahawa Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Kejayaan ini sedikit demi sedikit berjaya saya kecapi kembali dan kegagalan yang lalu berjaya saya urus sebaik mungkin melalui ilmu NLP ini. Semoga ilmu NLP ini mampu saya amalkan secara konsisten dan boleh berkongsi kebaikannya dengan ramai orang disekeliling saya.”

 

Lokman Hakim Hashim

Certified NLP Practitioner

NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *